Ade+Tiada+Virus=ADENOVIRUS

KUALA LUMPUR 11 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan keracunan makanan dan faktor persekitaran antara punca menyebabkan kematian seorang pelatih di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini pada Selasa lalu.

Malah, Sungai Bonus yang mengalir di dalam pusat latihan tersebut dikatakan boleh menyumbang kepada punca merebaknya adenovirus, yang dikesan punca kematian ke atas pelatih Konstabel Mohd. Azizan Azizi, 21.



Serangan adenovirus yang berpunca daripada kencing tikus itu meragut nyawa seorang pelatih Pulapol pada malam Selasa lalu.
Ekoran itu, pelbagai langkah dengan kerjasama beberapa agensi termasuk pasukan perubatan Kementerian Kesihatan terlibat dan kini giat menangani virus berkenaan daripada terus merebak.(UTUSAN MALAYSIA)



Apa itu adenovirus?
  • Adenovirus - sekumpulan virus yang menjangkiti saluran pernafasan, mata, usus, dan saluran kencing.  
  • Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing


Jangkitan adenovirus paling sering menyebabkan penyakit pada sistem pernafasan,namun bergantung pada serotype menjangkiti, mereka juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain, seperti penyakit gastroenteritis, konjungtivitis, Cystitis, danruam. Gejala penyakit pernafasan yang disebabkan oleh pelbagai jangkitan adenovirus dari sindrom selesema biasa pneumonia, croup, dan bronkitis. Pesakit dengan sistem kekebalan tubuh sangat rentan terhadap komplikasi teruk jangkitan adenovirus. Penyakit pernafasan akut (ISPA), pertama dikenali di kalangan merekrut tentera semasa Perang Dunia II, boleh disebabkan oleh jangkitan adenovirus selama keadaan crowding dan stres.
Baru-baru ini, beberapa adenovirus, terutama adenovirus 36 "Adv36" (AD-36), telah terbukti menyebabkan kegemukan pada haiwan, dan berkaitan dengan obesiti manusia.


Tanda dan Gejala 
  • Demam panas
  • Sakit tekak/ batuk
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sakit kepala
  • Radang paru-paru
  • Sakit perut
  • Masalah pernafasan
  • Jangkitan selaput mata
  • Jangkitan pundi kencing
  • Ruam


Kaedah Penularan 
  • Adenovirus sangat mudah merebak melalui batuk atau bersin. 
  • Air yang telah tercemar semasa mencuci tangan, mandi, memasak. 
  • Persekitaran yang kotor memudahkan lagi penyebaran virus oleh lalat.
  • Sentuhan tangan dengan orang yang dijangkiti
  • Berkongsi mainan atau barang yang telah tercemar
  • Boleh tersebar melalui air (tasik atau kolam renang)
  • Tersebar melalui saluran rembesan atau titisan yang keluar dari saluran pernafasan.


Pencegahan
  • Tidak ada cara berkesan yang boleh mencegah jangkitan adenoviral setakat ini. Untuk mengurangkan risiko penularan, kerbersihan perlulah dijaga. 
  • Selalu mencuci tangan, tidak menyentuh peralatan yang tercemar.
  • Tutup hidung ketika bersin dan batuk.
  • Basuh permukaan yang mungkin tersentuh tangan, untuk menghindari kontaminasi

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.