Aku dan Ilmu Nahu




Ilmu Nahu adalah salah satu daripada ilmu-ilmu Islam yang mulia untuk mereka yang ingin mula-mula berjinak dalam Ilmu Islam dalam mengetahui kaedah Arab dalam menentukan baris akhir sesuatu kalimah. [Al Hadiah fil Qawa'id Nahwiyah bis Syawahid Al-Quraniyah]

Apabila bercerita tentang ilmu nahu, tidak dapat tidak, aku wajib mempelajari ilmu. Kenapa tidaknya, dengan ilmu ini aku mampu mengetahui segala rahsia disebalik ayat-ayat Al-Quran, mampu bercakap arab dengan fasih, mampu meng'irabkan[menentukan] sesuatu perkataan arab, mampu membaca kitab-kitab arab yang lama dan baru, dan mampu mempelajari semua ilmu-ilmu Islam. Betullah kata senior-senior lama, kalau baca kitab tanpa nahu maka salah lah bacaan kita.

Setahun dah berlalu.. Kini aku dah 'graduate' dalam bidang 'Ulum Islamiyah di Universiti Al-Azhar. Belajar setahun dalam bidang itu dari syeikh2 Azhar, seolah-olah ilmu ku tidak sempurna lagi. Dan kini... ku melangkah setapak menuju ilmu dalam bidang Syari'ah Islamiyah. Sememangnya dalam bidang ini juga memerlukan Ilmu Nahu. Pabila melangkah ke maktabah(kedai buku), sememangnya ilmu ku tidak setanding ulama'-ulama' kini dan terdahulu apabila daku melihat ratusan kitab-kitab nahu tersusun rapi untuk dijual di situ.(tu tak masuk kitab2 lain lagi).. Setiap satu kitab nahu tersebut bukanlah setebal majalah Mangga, bukanlah setebal majalah Gempak, bukanlah setebal komik-komik Jepun, dan bukanlah setebal Novel-Novel Cinta,.. malah ketebalannya menyerupai 10x ganda majalah Mangga, menyerupai 10x ganda majalah Gempak, menyerupai 10x ganda komik-komik Jepun, dan menyerupai 10x ganda Novel-novel Cinta. Mana mungkin kita sanggup beli 'kitab-kitab' seperti itu untuk dijadikan koleksi sepanjang zaman sedangkan kitab-kitab karangan 'ulama-ulama kini dan terdahulu hanya dipandang sebelah mata sahaja.

Aku tercegat seketika...   Ya Allah, betapa diri ini dha'if dan jahil jika dibandingkan dengan para 'alim 'ulama yang boleh mengarang kitab setebal itu jika dibandingkan dengan diri ku ini yang...  baca kitab-kitab 'ulama pun tak pandai lagi.. apetah lagi nak karang kitab..
اللهم افتح علينا فتوح العارفين وارزقنا فهم النبيين
                                                                                                                                             Aminnn...

Kini.. segala ilmu-ilmuku berkaitan nahu dicurahkan kepada junior-junior(mahasiswa baru) yang baru sampai di Perlembahan Nil ini untuk persediaan menghadapi Imtihan Qabul(peperiksaan kelayakkan ke Azhar). Apabila diri ini diamanahkan untuk menjadi tenaga pengajar dalam ilmu nahu ini.. terasa bergetar hati ini. Tetapi, aku kuatkan semangat untuk mendidik anak bangsa dan agama ku sendiri.. mungkin dengan ilmu yang kucurahkan mencapai kejayaan bagi mereka atau mungkin tidak. Jika dibandingkan diri ini dengan Najmi dan Faris(sahabatku dari Ma'ahad Bu'uth).. mungkin mereka lebih layak untuk menjadi tenaga pengajar..

Sejujurnya aku tidak mahu melihat mereka(mahasiswa baru) gagal dalam imtihan qabul seperti diriku kerana mungkin dengan itu dapat mematahkan semangat mereka dalam menuntut ilmu di bumi Mesir ini. Moga mereka tidak terjadi seperti salah seorang sahabatku yang hampir-hampir futur(putus asa) dek kerana rasib(gagal) dalam imtihan qabul suatu ketika dahulu. Selalu ku nasihatkan kepadanya beberapa kali.. ''jangan putus asa.. mungkin ade hikmah yang Allah Ta'ala nak tunjuk pada kita..''
Hampir sebulan perasan itu menghantui sahabatku..apa yang perlu aku lakukan... adalah memberikan semula ''cahaya'' semangat kepada sahabatku itu..

Menjadi tenaga pengajar atau guru atau ustaz dalam ilmu nahu bukanlah sesuatu yang senang seperti ABC. Terkadang aku alpa dek kerana selalu tangguh untuk mengulangkaji tentang ilmu ini. Sesungguhnya ilmu nahu ini perlu dipraktikkan setiap hari agar ilmu itu tidak hilang. Terasa tersangatlah berat diri ini utk mengajar berkaitan ilmu itu tetapi diri ini terpaksa berkeras utk mengajar mereka kerana:
  فعالم بعلمه لم يعملن       معذب من قبل عباد الوثن
                                                                                                                   [kitab Matan Ibn Zubad]

Antara kitab rujukan ku. Kitab "Tuhfatussaniah" berwarna hijau di depan sekali
''Tuhfatussaniah". Itulah antara kitab nahu yang diajar oleh seniorku. Melihat sahaja pada kitab itu membuatkan aku berasa jahil. Kenapa tidaknya, kitab itu hanya senipis kitab biasa sahaja akan tetapi ilmu didalamnya begitu luas dan tinggi sehinggakan sukar untukku memahami sesuatu ayat yang ditulis. Sesungguhnya banyak lagi ilmu nahu yang tidak aku ketahui....

Aku dan Ilmu nahu...
Ibarat sepasang kekasih
Yang sering berdampingan
ketika susah dan senang

Aku dan Ilmu nahu...
ketika membaca Al-Quran
Ilmu nahu bersamaku
ketika  membaca Al-Hadis
Ilmu nahu disisiku
ketika membaca kitab Arab
Ilmu nahu disampingku
ketika mendengar kalam Masyaiekh
Ilmu nahu diingatanku

Aku dan Ilmu nahu...
Salah satu ilmu Islam yang mulia
berkurun lamanya
hadir mu memberi makna bagiku
moga ilmu mu sentiasa bertambah di sanubari ku
buat jalan meraih keredhaan-Mu






Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.