LEARN HOW TO BECOME HARRY POTTER (Tak payah belajar Magic pon)


Assalamualaikum....
Alhamdulillah..setinggi kepujian dan kesyukuran Rider panjatkan kehadrat Allah S.W.T yang masih memberi peluang kepada Rider untuk tulis entri kali ni. Agak lama jari-jemari ini tidak menaip entri di blog ni. Agak sepi blog ini tanpa sebarang entri yang bermanfaat dari Rider. Maklumlah, bila tiba jer cuti exam, mula lah Rider sibuk dengan kerja lain. (aikk..terbalik plak..time2 cuti ni lah orang tak sibuk)

Berbalik pada tajuk entri atas, emmm..... mesti korang heran kan??? camne nak jadi Harry Potter tanpa belajar Magic. Bukan ke Harry Potter tu pandai Magic?? Ke Rider dah bunuh Harry Potter tu?? 
Klik untuk gambar yang lebih jelas atau download
Hahaha..... Apa yang Rider maksudkan adalah berkaitan dengan edit gambar. Bukan belajar magic la. INGAT !!! Jumhur ulama' mengeluarkan fatwa bahawa mempelajari ilmu sihir dan sebagainya adalah haram walaupun ada sesetengah ulama' yang berpendapat bahawa mempelajari ilmu sihir itu harus tetapi mengamalkannya barulah haram. Kalau tak percaya, boleh rujuk kepada ustaz/ah yang berhampiran dengan anda. :-)
Final result.
Gambar ni pernah menjadi kontroversi(bkan kontroversi dunia pon) pada diri Rider. Ramai yang mintak request bagaimana nak edit muka and letak tulisan macam tu?? .... Maaf, Rider tak dapat buat tutorial kat sini sebab malas dan tak minat buat tutorial kat sini. Rider hanya mampu bagitau bahawa proses peng'edit'an di muka tu kebanyakkannya tertumpu pada cahaya yang sekata dengan warna asal gambar dan peng'edit'an di tulisan tu plak, korang boleh download sendiri jenis tulisan tu. Banyak jer kat internet..

Gambar ni juga pernah digunakan oleh Rider suatu ketika dahulu untuk letak kat ruangan sidebar bahagian Hot Pic 4 This Month.

So, Rider harap dengan sedikit perkongsian ni dapat menutup kontroversi dan perang dunia ke-10 yang melanda pada diri Rider sejak kebelakangan ni. Sharing is Caring. Right????

1 ulasan:

  1. Salam :)

    Laaa baru perasan la gambar tu bukan muka Daniel XD
    Btw , saya cadangkan ruang komen ni guna la pop-up untuk memudahkan readers. sebab kalau guna pop up , senang nak baca entri yang seterusnya. good luck :)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.