Doakan Husein


Assalamualaikum...
Setiap orang mesti diberi ujian dan cobaan oleh Allah Ta'ala. Baik dari segi ketakutan, kelaparan, harta benda mahupun jiwa raga. Kalu nak suruh Husein ceritakan tentang ujian ni, memang takkan habis sebab banyak ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya yang telah dikarang oleh 'alim-'ulama dahulu dan sekarang.

Pada hakikatnya, Allah Ta'ala bukanlah mahu melihat bagaimana cara kita mengatasi masalah dan ujian yang diberikan oleh-Nya akan tetapi Dia mahu melihat bagaimana cara hambanya menghadapi ujian dan cubaan yang dikurniakan setelah selesai masalah dan ujian tersebut. Sama ada hambanya tawakkal, sabar dan redha menerima ujian tersebut atau menjadi riak, sombong, takabbur dan kufur setelah menghadapi ujian tersebut.

Ujian dan cubaan yang dikurniakan oleh-Nya bukan hanya termasuk dalam konteks menyusahkan kita bahkan ada juga yang menyenangkan kita seperti beroleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, beroleh rezeki yang banyak dan sebagainya. Sebab itulah ada yang menjadi kufur dan sombong dengan rezeki yang diperolehnya padahal Allah Ta'ala itulah yang memberi rezeki kepadanya.

"Maka nikmat mana lagi yang hendak kamu dustakan?" - surah Ar-Rahman.

Bulan Mei nanti bermulalah segala keringat Husein untuk mengerah keringat menghadapi exam final untuk tahun ni. So, dikesempatan ni Husein harap korang sume doa-doakan kejayaan Husein menghadapi exam kali ni.... dipermudahkan urusan, dapat jawab dengan lancar, diberkati semasa menjawab, dinaungi para malaikat dan sebagainya. Manalah tahu kot-kot doa kalian akan dimakbulkan Tuhan. Ingat daku dalam doamu..hehehe.. jiwang la pulak aku ni.

Jadual Peperiksaan Fasa Dua 2012
Kuliah Syariah Islamiyah Tahun Satu
Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir.

  • 13/5 -(AHAD) ~ Al-Quran
  • 16/5 -(RABU) ~ Fiqh Muqaran
  • 20/5 -(AHAD) ~ Qadhaya Fiqhiyyah
  • 27/5 -(AHAD) ~ Fiqh Syafie
  • 30/5 -(RABU) ~ Qo'ah Bahas
  • 3/6 -(AHAD) ~ Usul Fiqh
  • 6/6 -(RABU) ~ Tauhid
* mood tengah baca kitab. Pening jgak ayat-ayat dia dlm kitab ni. Ssh nak faham tapi insyaAllah blh faham. :-)
Gambar mase Pameran Buku Antarabangsa Kaherah.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.