Sesuci AidilFitri

ASSALAMU'ALAIKUM...
Apa khabar semua? Harap sihat wal'afiat sentiasa di bulan yang penuh berkat ni. Camne dengan lebaran korang tahun ni? Mesti meriah kan?... baju raya..duit raya.. kasut raya.. langsir raya.. bunga raya.. pudu raya.. balai raya.. jalan raya.... haishhhhh....semua raya lah. Teringat la pulak kat pemain tengah Man.City, Samir Nasri yang ucap 'EID MUBARAK' kat semua fans dia kat seluruh dunia lepas dia buat gol baru ni. (Bagi pompuan mungkin tak kenal kot coz pompuan kenal Cristiano Ronaldo je). Tu la tandanya yang perayaan aidilfitri ni disambut meriah di seluruh dunia, tak semestinya Malaysia aje.

Tak ketinggalan jugak, Husein sendiri. Alhamdulillah.. aidilfitri kali ini agak meriah walaupun Husein tak dapat duit raya banyak-banyak.(hahaha...beso jalo nak duit raye jugop ker??) Tetamu yang hadir pun ramai. Dapat jumpa sanak-saudara, sepupu sepapat, teman sekolah dulu.... semuanya mengimbau kenangan indah zaman muda-muda dulu. hahaha... InsyaAllah, ade keberkatan dengan kehadiran ramai tetamu di rumah.
Tiga orang sepupu- Najwa, Umair dan Sufiah. Tak silap budak tiga orang ni dulu nampak kecik lagi. Bila dah jumpa ni, dah besar panjang dah diorang. nak nak si Umair tu

Ni adik-beradik Husein. Tinggal sorang lagi yang takde dlm gmbar iaitu kakak sulong Husein sebab dah kawen. Alhamdulillah semua dapat beraya bersama. Entah bila la plak dapat beraya bersama macam ni. Aku bersyukur Ya Allah.. 

Ni kawan baik Husein mase sekolah menengah SMAASZA dulu. Basyier dan Hanif. Lepas habis sekolah menengah, masing-masing bawa diri untuk sambung study. Yang sorang tu budak USIM dan sorang lagi budak KUIN. Time-time raya ni la kitorang ambek masa nak jumpa semula. Alhamdulillah.. ukhuwah fillah abadan abada.

Ahaaaa...gambar ni sangat 'mahal'. Oleh kerana semangat beraya yang berkobar-kobar dalam jiwa, Husein beraya kat rumah senior Husein pada pukul 12 tengah malam. Tapi ade kisah di sebalik semua tu sebenarnya. Nasib baik senior Husein tu sporting orangnya. hehehe....

Raya tahun ni adalah raya yang pertama Husein beraya bersama anak sedara, Adawiyah dan Irfan. Bertambah ceria suasana raya dengan kenakalan budak mata bOOlat ni.

Kemeriahan syawal di rumah tok. Seperti biasa, ramai sanak-saudara yang datang.

Eeeerrrkkk... alhamdulillah. Dah habis sepinggan makan. Kenyang perut. Pandai makan, pandai la basuh plak.

Dikala kita menyambut syawal, jangan lupa menziarahi pusara mereka yang tiada. Alhamdulillah, pada pagi syawal yang berkat selepas solat raya Husein sempat ziarah pusara arwah tokki dulu. Walaupun tak banyak kenangan bersama tokki, tapi mak Husein pernah menceritakan tentang arwah tokki.

Arwah tokki dulu pernah berkata kat mak yang satu hari nanti manusia akan bercakap sorang-sorang. Mak  terpinga-pinga dan kehairanan. Tapi sekarang baru mak tahu kenapa tokki cakap macam tu sebab zaman sekarang orang cakap sorang-sorang dengan telefon tanpa ada sesiapa pun disisi orang tu.

Jangan lupa juga untuk kita terus mendoakan saudara-mara kita khususnya di Syria, Rohingya, Palestin dan seluruh dunia amnya. Kita mampu senyum dan bergembira serta bersalam-salaman sesama sanak saudara dan menjamah hidangan kuih-muih di pagi syawal..... tapi mereka ??? ... Mungkin meraka tidak merasai apa yang kita rasai sekarang ini.

**''SALAM AIDILFITRI DARIPADA HUSEIN RIDER''**

Terima kasih kerana membaca. Komen sket...

6 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri...Taqobbalallahu Minna Waminkum...^_^

    maaf zahir dan batin sein...

    BalasPadam
  2. selamat hari raya :)
    basyier blaja kat mn skang?

    BalasPadam
  3. x basuh... haha.. tu kerja anak dare. anak teruna ddk relaks jer :D

    BalasPadam
  4. saya kenal spe itu samir nasri..wkwkwkwk..btw,selamat hari raya maaf zahir batin jgk dr sy :)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.