Maulidur Rasul : I LOVE MUHAMMAD S.A.W.

ASSALAMU'ALAIKUM...
Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul untuk semua pembaca setia Husein yang beragama Islam. Setiap tahun kita akan menyambut hari bersejarah ni. Mana tak nye, hari ni lah lahirnya seorang rasul yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membawa rahmat ke seluruh alam samada manusia, jin, binatang bahkan tumbuhan yang hidup diatas muka bumi ini.

Teringat pulak kisah Nabi Muhammad S.A.W bersama sebatang pokok kurma yang menangis merindui Rasulullah. Nabi jugak sangat baik bersama binatang dimana pada peristiwa hijrah, Nabi Muhammad sangat mengambil berat akan binatang tunggangannya iaitu unta sehinggakan apabila Nabi sampai di Madinah, tempat berhenti terakhir unta Nabi itulah yang dijadikan masjid yang pertama dalam sejarah Islam.

Kalau ikut adat melayu kita, mesti ada perarakan maulud Nabi kan? Siap dengan kompang dan berbaju melayu dan bertudung sambil berarak.... sambil berselawat ke atas Nabi serta memuji Nabi Muhammad. Tapi ada sesetengah orang berpendapat bahawa itu adalah bid'ah. Ohhhhh.... sungguh aku pening dengan mereka. Malas la nak layan dengan diorang ni.

Tapi.... apa yang nak Husein bagitau kat sini adalah, Husein ada satu soalan yang menggerunkan hati Husein. Husein tak pasti Husein nak jawab camne dengan soalan ni. Maybe korang boleh jawab soalan ni.... tapi Husein tak. Emmmmm.... korang pernah dengar rancangan ni. 'LAU KANA BAINANA HABIB'. Ape?? Tak tahu ?? (Emmm.... nak kena pelempang ni. hahahaha.... Sila rajin2 search kat Youtube dan tulis perkataan tu ye.) Ya... tu la soalan yang menggerunkan Husein. Maksudnya lebih kurang camni la, 'Camne perasaan atau reaksi korang kalau Nabi Muhammad S.A.W ada di depan mata korang?'. Huh... tegak bulu roma bila baca ayat soalan tu tadi kan.

Bagi Husein, Husein tak pasti apakah perasaan Husein kalau Nabi Muhammad ada kat depan mata Husein. Gembira.. Sedih.. Terkejut.. Terpesona.. Husein tak pasti. Husein ibarat soalan ni lah soalan paling susah nak jawab kat dunia ni berbanding soalan SPM dan soalan-soalan lain yang sewaktu dengannya. Hemmmmm..... Dan bila Husein tengok rancangan tu, kadang-kadang mengalir air mata. Nak kata sedih, tak la sedih sangat tapi............ tak tau la nak kate ape.

Sempena dengan hari jadi kekasih hati kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W., Husein dah letak dalam-dalam niat untuk menghabiskan satu kitab berjudul 'SYAMAIL MUHAMMADIAH' yang mengumpulkan pelbagai jenis hadis yang khusus menceritakan sifat Nabi dalam membuat sesuatu perkara. Dengan kitab ni, Husein boleh tahu sifat Nabi ketika Nabi makan, ketika Nabi berpakaian, ketika Nabi bergurau, ketika Nabi bersyair dan banyak lagi......Walaupun hanya 90% je Husein sempat baca, dan yang selebihnya Husein tak sempat habis sebelum maulud Nabi hari ni tapi Husein harap korang pun baca la.... lagipun tak silap Husein, kitab ni dah ade terjemahannya dalam bahasa melayu. So, takde alasan untuk korang tak nak baca. (Baca majalah rajin plak) !! :-)

Alhamdulillah, pada hari terakhir Husein baca kitab ni... air mata ni rajin-rajin je nak mengalir. Sungguh terpuji keperibadianmu Ya Rasulullah. Harap kita tergolong dalam kalangan umat Nabi yang selamat dunia akhirat dan dapat berjumpa dengan Rasulullah S.A.W.

Terima kasih kerana membaca. Komen sket :-)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.