Genap 2 Tahun

ASSALAMU'ALAIKUM...
Ni entri yang tahun lepas: Genap Setahun

Duduk depan laptop dan tulis apa yang Husein nak tulis. Itu lah Husein .. Bila tengok ramai blogger-blogger lain yang update blog diorang, rasa macam dengki tahap dewa sebab kengkadang kite sendiri tak tahu nak update blog cerita tentang ape. Kengkadang fikiran kat lain, yang ditulis pulak benda lain. Habis kena padam semula biar korang boleh baca dengan tenang dan sopan-santunnye macam sekarang. Hehehe..... :-)

7 Mac 2013 yang lalu adalah tarikh yang penting bagi blog Husein kerana tarikh tersebut menjadikan blog ni genap 2 tahun bersama korang semua. Sebelum nak daftar jadi blogger ni pon, Husein dah fikir banyak kali dah..... Adakah keputusan aku nak jadi blogger ni adalah keputusan yang betul. Emmmm.... fikir punye fikir, lalu Husein pon cipta la blog yang tak berapa nak kreatif ni yang sepertimana korang tengok sekarang ni.

Banyak benda yang Husein dapat bila dah ada blog sendiri ni. Antara yang paling Husein tak sangka adalah blog ni tercalon dalam Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Awards yang berlangsung di KLCC baru-baru ni. Walaupun tak menang tapi, orang kata... ''Kalau dah tercalon tu, dah kire untung la''. Kata sorang warga facebook yang tegur Husein dulu.

Tapi niat Husein bukanlah nak kejar benda-benda tu semua.... Kalaulah Husein menang pon award tu, Husein tak dapat nak hadir kat sana jugak sebab sekarang Husein berada di oversea. Dan kalaulah Husein menang award tu, tapi dalam masa yang sama Husein takde pembaca(macam korang), tak bermakna jugak. Ibarat duduk sengsorang je. Takde yang nak tegur dan takde yang nak komen kat bawah ni. Huhuhu...

So, sempena hari annyversary blog ni,.... Husein ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada korang semua yang sudi baca blog Husein, peng'Like' facebook Husein, 'follower' Twitter Husein dan kepada sesiapa aje yang menyokong blog Husein. (termasuklah stalker dan annonymous.... wekk :-p)

Rase macam nak buat contest pulak. ok tak??? hehehe....

Terima kasih kerana membaca. Komen sket...

5 ulasan:

  1. selamat ulang tahun blog..huhuhu

    BalasPadam
  2. congrats for the enlistment! happy blog's anniversary! ^^

    BalasPadam
  3. blog pon anniversary jgk ka.. xpenah pon smbut... kesian blog sy..

    BalasPadam
  4. wahh selamat ulangtahun kepda blog husein dan bloggernya juga.. ngeeeeeeee

    BalasPadam
  5. dah 2 thun...
    tahniah!!!,,
    hahha..

    :)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.