My 23th Annyversary

Assalamualaikum....

8 Februari adalah antara tarikh penting dalam kamus hidup Husein. Pada tarikh ni lah Husein dilahirkan di Hospital Besar Kuala Terengganu. Kalau nak ceritakan birthday party Husein yang lepas-lepas, semuanya biasa-biasa saje. Tiada yang istimewa melainkan sambut dengan orang yang tersayang, iaitu mak dan ayah Husein serta adik-beradik yang lain.

Teringat birthday party Husein tahun lepas.... ikutkan perancangan awal, ade sorang kawan Husein ni nak buat surprise pada malam hari jadi.... tapi malam tu Husein tido awal. Husein pun tak ingat dah kenapa aku tido awal malam tu... So, birthday party pada malam tu cancel. Then, bangun pagi keesokan harinya, roomate dia jemput datang ke bilik dia. Dengan muka baru bangun tidonya, Husein pun buat selamber je pergi bilik dia. Bila bukak je pintu bilik........ tetibe......

''SURPRISEEEE..'' 

Waahhh.. terharu(sob sob...) dan bersyukur sebab ada kawan yang tolong sambut hari jadi. Walaupun takde mak dan ayah yang biasa sambutkan, (ni lah cabaran orang merantau..)..tapi ini dah cukup bermakna bagi Husein. Sekurang-kurangnya dapat merasai lagi dan mengingat kembali camne mak dan ayah sambut hari jadi Husein time kecik-kecik dulu..

Time dah besar ni... dah umur 23 tahun ni...dah banyak dugaan dan cabaran Husein terpaksa tempuh. Ada yang manis, pahit, masin, masam-masam pedas... hahaha.. semuanya mematangkan Husein tak kira kat mana,siapa, dan bila.

Tapi bila muhasabah siket, sebenarnya diri ini dah nak dekat untuk bertemu Sang Pencipta Alam. Semakin meningkat umur semakin dekat dengan kematian. Tiada yang hidup kekal. Perlu sentiasa update bekalan untuk bertemu siDia yang menciptakan Husein.
Sambut hari jadi bersama kawan-kawan dengan pizza arab.

Tapi tu tak menghalang Husein untuk ucapkan ribuan terima kasih kepada korang sume yang ucap birthday kat Husein sama ada kat Facebook, Twitter, Blog, Instagram(follow me: HUSEIN_RIDER) dan lain-lain lagi. Husein sangat-sangat menghargai ucapan korang.... walaupun berpeluh jugak nak balas satu persatu ucapan tu...hehehe.... tapi setakat ni takde lagi birthday gift dari orang lain. hahaha..
With last year birthday gift dan this year birthday gift daripada diri sendiri. Thanks to my father and mother kerana membesarkan Husein.

Memandangkan blog Husein tercalon dalam Malaysia Social Media Week(MSMW) 2014 untuk Best Travel Blog, ....so.... sebagai hadiah dari korang untuk Husein.. ape kata korang undi Husein untuk dijadikan sebagai hadiah. Bagi korang yang dah undi Husein, Husein ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi undi. Bagi korang yang tak undi lagi, boleh undi sekarang dan Husein anggap tu adalah salah satu birthday gift untuk Husein. Undi dibuka sehingga 10 Februari, bermakna tinggal beberapa hari je lagi. Klik disini untuk undi Husein. Nak undi kena Sign Up dulu tapi tak susah mane...

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

6 ulasan:

  1. selamat hari jadi kepada husein, semoga panjang umur dan murah rezeki selalu.

    BalasPadam
  2. Selamat hri ulangtahun kelahiran Hussein (hee..) Moga Allah memberi 1001 rahmatNYA kpd Hussein.

    BalasPadam
  3. Wahhh! Happy birthday. Eh, Happy Belated Birthday la kot. Hehehe. Semoga panjang umur. :)

    BalasPadam
  4. ko nie asyik pakai baju samee jee...meh ambil duit, beli baju baru erk...wakaka

    from : MMI

    p/s : ...ko kenal tak mmi?

    BalasPadam
  5. happy belated birthday :)

    jemput singgah http://iluvtour.com

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.