Anda Teringin Sambut Raya Korban di Luar Negara?

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini dah masuk 2 Ogos 2015, bersamaan 18 Zulkaedah 1436 Hijrah. Sedar tak sedar lebih kurang sebulan je lagi kita nak sambut Hari Raya Haji. Mungkin ada yang ambil peluang ni untuk balik ke kampong halaman juga memandangkan suasana hari raya dan aktiviti penyembelihan binatang korban lebih meriah berbanding di bandar.

Bila cakap tentang hari raya korban ni, korang pernah sambut hari raya korban kat oversea?? Husein teringat akan negara kedua yang paling Husein cintai iaitu Mesir. Kat sana Husein pernah 2-3 kali meraikan hari raya korban disana. Kalau nak dibandingkan dengan kemeriahan sambutan hari raya korban di Malaysia dengan Mesir, jujur Husein cakap yang kat Mesir lagi best. Tetiba rasa rindu sangat kat Mesir. Anda boleh baca cerita pengalaman Husein meraikan hari raya korban di Mesir di sini dan sini.

Part yang ditunggu-tunggu ketika meraikan hari raya korban di Mesir adalah time nak sembelih unta. Korang bayangkan lah… time nak rebahkan unta tu perlukan ramai orang.. bukan sorang dua je. Bukan nak sembelih lembu atau kambing ni. Unta lebih besar dan lebih tinggi dari kambing dan lembu. Kalau kena dengan unta yang liar dan ganas siket, memang susah nak rebahkan dia. Tapi memang seronok dan meriah sangat time tu. Lepas sembelih daging unta, kambing dan khoruf… masing-masing tolong potong daging sampai ke tengahari. Macam-macam ragam boleh tengok time potong tu.

Kalau korang nak rasa apa yang Husein rasa ni, korang boleh la join EZQurban kerana EZQurban akan mengembara dan mengagihkan sumbangan aqiqah dan qurban tersebut di negara-negara yang memerlukan seperti Kemboja, Indenesia, Thailand, Vietnam, Bangladesh dan Filipina. Mesti korang dah rasa bosan dengan kemeriahan hari raya korban kat negara kita kan? Nak cuba sesuatu yang lain? Dengan itu korang boleh la rasa macam mana sambut hari raya korban di negara lain. Jangan buang masa lagi kerana pakej-pakej korban dan aqiqah yang ditawarkan adalah berbaloi. Lagi satu, raya korban tinggal lebih kurang sebulan je lagi.

Bak kata orang, EZQurban ni adalah cara yang paling senang untuk korang yang nak bagi sumbangan untuk raya korban nanti. Samada dalam bentuk aqiqah atau korban. Pulak tu memang diagihkan kepada golongan yang memerlukan dan wajib kita tolong. Contoh macam negara Thailand, Filipina dan Vietnam.. negara diorang bukannya negara Islam. So, tak salah kalau kita nak bagi diorang rasa kemeriahan menyambut hari raya korban macam kita rasa kan.

#BlooggersMedia #EZQurban #QurbanAqiqah
Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: EZ Qurban Sdn Bhd
Instagram: EZ Qurban_Sdn_Bhd
Emel: ezqurban.adm@gmail.com
Whatsapp: +6013 - 318 6984

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.