Percutian Bajet ke South Island, New Zealand

Setelah berhempas pulas rancang, bincang, cancel, kurang ahli tambah ahli maka, FINALLY! 5 orang sekawan berjaya mengharungi perjalanan selama 13 hari di Melbourne (1 hari sahaja transit) + South Island. Aminnn. Alhamdulillah.

Budget asal RM3000 tapi bertambah menjadi RM3500/pax
(sila tengok budget guidlines di bawah). Flight ticket, kereta sewa, minyak kereta, groceries, hostel, motel, hotel, entrance fee, parking. Sebab masa start booking ringgit masih okay, tiba-tiba merudum, maka budget pun bertambah. Harap maklum..

Budget guidelines per person:
1) Visa/ETA Aussie
RM20

2) Maxi Taxi - airport transfer to Tune Hotel Melbourne return (MELBOURNE)
RM26

3) Flight ticket : AAX KL-Melbourne-KL (Seat, luggage 20kg share, insurance)
*luggage yang share tu untuk makanan dari Malaysia, tak masuk yang yang sendirian berhad.
RM950.60

4) Flight ticket : Jetstar Melbourne-Christchurch-Melbourne (Luggage, insurance)
RM619.55

5) Hotel/Motel/Holiday Park (Melbourne & South Island) - 13 malam
RM942.37

6) Kereta sewa (1.8ltr Nissan Sylphy 4dr sedan or similar)
RM225.10

7) Minyak kereta plus parking
RM225.00

8) Groceries shopping
RM200

9) Milford Sound cruise ticket
RM173.27

10) Gondola Skyline Queenstown + 2 Luge ride
RM129.95

TOTAL : RM3511.84

Belanja masing-masing. Nak tanya soalan boleh tanya. Silakan.

Cebisan perkongsian tentang South Island dari kami:

1) Selamat. Kalau nak jalan-jalan sorang pun boleh. Ladies, pack your back!

2) Sila patuhi had laju, masuk town wajib slow kan had laju. 50kmj saja.

3) Bila dekat-dekat selekoh akan ada signboard road degrees, jadi agak-agak la nak drift ok?

4) TAKDAK TOL. BEBAS TOL.

5) Minyak depa guna ron91. Harga minyak ubah-ubah setiap hari dan tak sama harga untuk setiap jenama/stesen.

6) Cuaca tak menentu, boleh cloudy, hujan, sunny dalam masa 1 hari. Matahari terik sangat-sangat tapi sejuk smpai 10 darjah celcius. Konfem burn sebab dok tadah muka kat matahari bila sejuk.

7) Rate currency rendah, rendah dari singapore. Tapi barang mahai. Souvenir memang mahai, kalau di Melbourne 1 pack 6 ketui fridge magnet 10Aud tapi kat NZ seketui 3-4NZD

8) Susu murah! Satu botoi besaq 2-3Nzd lemak berkrim. Cuba minum whittakers chocolate milk. Ya ampunnn. Sedap sungguh. Tapi mahai sikit.

9) Try Blue Bird potato chips! 3pcs 5nzd. BUT just buy the vege flavour like onion, salted! Tim Tam pun banyak flavor pastikan halal baru beli! (SILA RESEARCH BETUL-BETUL SEBELUM MAKAN!)

10) Biri-biri along the route banyak gilaaaa. Setiap kali jumpa mesti excited. 13 hari guys jerit kat biri-biri.

11) Angin dia tak main-main. Masa kat Elephant Rocks angin tersangat kuat. Rasa macam nak terbang dah. Huahua. Kalau berat badan tu ringan, sila berhati-hati. Tudung pin ketat-ketat.
 12) Please visit Tunnel Beach, Dunedin. Tempat ni sangat cantik, nangis we olls masa sampai sini. Hebatnya kuasa Allah.

13) Kat sana kami masak. Pagi, tengah hari dan malam. Hari-hari makan nasik! Lauk hari-hari ayam! Ayam sambal, ayam kari, ayam masak lomak, ayam goreng, tomyam ayam! Thank you Brahim's!

14) Ayam ada cop halal hanya Brink's chicken certified by FIANZ. Boleh rujuk http://brinks.co.nz/faqs

15) Kami selalu beli groceries kat Pak N Save atau Fresh Choice. Pukui 7.00 pagi dah buka dah.

16) Kami berada di sana dalam musim spring, siang jadi panjang. Pukui 8.30 malam dok cerah lagi macam 6.00 petang.

17) Susah nak jumpa manusia, kebanyakkan penghuni South Island ni orang-orang yang dah berumur/tua.

18) Perjalanan seeloknya waktu siang, sebab malam kelam takdak lampu jalan dan susah nak selisih dengan kereta-kereta lain. Siang pun takdak kereta lalu lalang, apatah lagi malam.
 
19) Kebanyakkan mall kat sana pukul 6 dah tutup, kami ke mall sebab nak tukaq duit. Tapi kecewa sebab 6 petang semua dah tutup ahahah!

20) LESEN Malaysia boleh digunakan di sana, lesen yang baru tu tauuu, bukan lesen laminate tu hehehe :P

21) JANGAN TIDOQ! Enjoy the view :)
 Cerita ini ditulis oleh Intan Asmira dan dikongsi dengan izin beliau.

5 ulasan:

  1. fuhh..teringin jugak nak pi sana satu hari nanti.

    BalasPadam
  2. wow bestnya. ok nak kena ke sana juga nanti hehe

    BalasPadam
  3. takut untuk ke luar negara huhu bercuti dalam Malaysia sajalah..

    BalasPadam
  4. ahaha ingatkan Husein join the trip.. baru nak nyakat diapit bunge2..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.