7 Perkara Buat Seorang Pengembara Nampak Lebih Ohsem

Kenapa dan bagaimana mengembara boleh buat anda jadi lebih ohsem?
1) Lebih Berkeyakinan
Jika sebelum ini nak masuk ke kampung New Zealand dekat Pahang pun rasa cuak, tapi sekarang anda sendiri yang meronta cari tiket murah untuk ke New Zealand!. Jika sebelum ini juga bila dengar bukit Broga dah rasa gayat, tapi sekarang bukan setakat bukit Broga, habis semua gunung dia tawan, Kinabalu, Rinjani, Everest semua dia tawan.

 2) Pandai Bersosial
Sebelum ini anda jenis yang anti sosial serta kurang bergaul. Tanya sepatah, jawab setengah patah. Tapi bila mengembara secara tak langsung skil bersosial anda akan bertambah baik, tidak berasa kekok untuk berkenalan dengan kawan baru, tak kira dengan siapa pun samada dengan bos besar, datuk serta datin semua dia boleh dibawa bersembang.
3) Pandai Berbual
Sebab tu ada orang kata kalau nak cari calon suami ataupun isteri, cari yang kaki travel. Mereka pandai berbual, pandai ambil hati. Yelah, skil sosial dah hebat, secara tak langsung skil berbual juga bertambah mantap, taklah asyik bertanyakan soalan yang sama je. Pendek kata bila berbual dengan orang kaki travel ni seolah-olah berbual dengan editor National Geographic, serba serbi dia tahu.
4) Lebih Banyak Bersabar
Bila mengembara anda pasti akan lalui beberapa situasi buruk seperti flight delay, kena tahan dekat imigresen, dapat bilik buruk tak sama seperti dalam gambar dan banyak lagi. Tapi semua tu biasa bagi seorang pengembara. Kadang ada orang yang acah selalu keluar travel, tapi bila dimaklum flight delay dua jam dah tak keruan marahnya, bila dapat bilik buruk dah masam mencuka. Berbeza dengan pengembara ohsem, flight delay 15 jam pun dia rilek je, tak mudah marah dan lebih mudah untuk suaikan diri dalam keadaan situasi apa sekalipun.
5) Lebih Bijak
Mungkin dia bukan graduan universiti, bukan juga peminat geografi, sejarah mahupun matematik. Tapi bila cerita bab geografi, sebut je apa nama bandar dia tahu dekat mana lokasinya, walaupun dia belum pernah sampai, dah setiap mata duk tengok peta je. Bila disebut currency USD dan Euro pula, dia tak perlukan kalkulator untuk mengira, dalam kepala dah boleh agak berapa anggaran jumlah currency Turkish Lira ke Dollar, Euro ke Pound, Rupiah ke Ringgit...
6) Tidak Materialistik
Bila mengembara anda akan belajar untuk membawa barang keperluan dengan jumlah yang terhad, anda tak perlukan pakaian berjenama, baju tak bergosok pun belasah pakai, tiada siapa yang peduli. Pendek kata anda akan rasa lebih selesa dalam bersederhana serta lebih selesa bila dapat keluar dari zon selesa yang sebenarnya tak selesa.
7) Bahagia dan Gembira
Bila anda dapat belajar serta melihat sendiri dunia luar, mencuba benda baru, keluar dari zon selesa, tidak fikirkan tentang materialistik semestinya membuat diri anda lebih ohsem! 
Bak kata omputih, Travel makes people better people, so stop being boring, and do something AWESOME!

(Perkongsian ini di kongsi dengan izin oleh Zaid Traveler di laman facebooknya)

2 ulasan:

  1. Cantik gambar sembahyang berlatarbelakang gunung tu. Travel sepatutnya menjadikan sesorang lebih dewasa dan matang.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.