Percutian Percuma dan Mudah dengan TOURISTGUIDE.COM

Bila anda melihat pakej-pakej percutian dibawah ini, semestinya akan membuatkan anda tidak akan memilih pakej percutian lain. Kerana pakej-pakej yang disediakan sangat berbaloi dan murah daripada biasa sehingga 50% diskaun yang diberi.





Murah beb… nak cari kat mana sampai diskaun separuh harga macam tu.

Promotion Period :
bermula dari sekarang sehingga 30 November 2016

Travel Priod :
1st April 2017 - 31 March 2018 ( except public holiday )

Semua pakej tersebut hanya boleh didapati di touristguide.com. Apa kelebihan laman web ni?

Touristguide.com.my adalah laman web percutian dalam talian yang dibangunkan sejak tahun 2011 dengan membawa idea-idea baru, matlamat dan misi ke arah Industri Pelancongan. Infinity Vacation Sdn Bhd adalah nama korporat bagi TouristGuide kerana telah berkhidmat dalam industri pelancongan ini selama 6 tahun.

Dengan membawa misi 'Building World's Largest Travel Network', para pengguna tidak lagi bimbang kerana TouristGuide.com.my menjadi platform untuk mencari hotel yang terbaik dan berpatutan, tawaran pelancongan dengan diskaun yang hebat dan kemudahan untuk kepada semua pelancong sebagai salah satu pembekal utama dengan pelaburan yang sifar kepada mana-mana pengguna ahli TouristGuide.com yang berdaftar. Dengan matlamat untuk membantu para pelancong, anda boleh mendapatkan mata yang tidak terhad serta kumpulkannya dan seterusnya boleh ditebus untuk mendapatkan tempahan hotel, tempahan tiket penerbangan, pakej pelancongan dan lain-lain perkhidmatan yang terdapat dalam laman web ini. Kaedah seperti ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia. Sama ada anda melancong dengan rakan-rakan dan keluarga, atau yang ingin mendapatkan kenalan baru, atau anda mahu menghilangkan stress diri anda dengan mengembara di negara orang, disini lah tempat yang sesuai untuk anda. TouristGuide.com.my akan menjadikan perjalanan melancong anda lebih murah, berpatutan malahan juga PERCUMA!

Pada 24 November 2016, telah berlangsungnya majlis gilang-gemilang pelancaran laman web touristguide.com di Hotel Westin, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Gimik perasmian telah dilancarkan oleh Mr. Azlan Hussain (President of Kuala Lumpur Tourism Association - KLTA), Mr Mohd Akbal Setia (Pengarah Tourism Malaysia Kuala Lumpur) dan Mr Devan Kumar (Pengarah Urusan TouristGuide.com.my) dan Akim (Artis/Penyanyi).
 Husein bersama maskot TouristGuide.com




Majlis juga turut dihadiri oleh beberapa jemputan vip dari negara lain seperti Indonesia, Mesir, dan Iran. Pihak media dan 40 orang penulis blogger tempatan juga turut sama memeriahkan majlis pelancaran tersebut.

Apa keistimewaan TouristGuide.com??
1)   Keahlian PERCUMA seumur hidup.
Setakat ini, Touristguide.com ada menawarkan pakej dan tempahan hotel yang berpatutan. Setiap ahli yang berdaftar akan diletakkan di dalam rangkaian ini dan masing-masing boleh mengumpul seberapa banyak mata yang tidak terhad untuk ditebus dalam bentuk pakej percutian atau lain-lain perkhidmatan yang ada di dalam laman web ini. Jadi apa tunggu lagi? Daftar segera disini.

2) Hubungkan Semua Pelancong Berdaftar dalam Satu Rangkaian (Bukan MLM )
Laman web ini akan mewujudkan satu rangkaian buat para pelancong dan menyambung setiap 3000 pelancong dengan yang lain. Ahli-ahli boleh mendapat mata daripada orang lain dalam perjalanan atau anggota itu sendiri. Mata ini boleh digunakan untuk redeeem percutian anda. Ini mungkin bunyi seperti MLM tetapi tidak. Ia adalah Percuma.

Perkara yang paling menarik sekali adalah, ahli-ahli yang berdaftar tidak perlu mencari ahli lain untuk turut serta dalam rangkaian ini. Rangkaian ini diurus sendiri oleh TouristGuide. Ahli-ahli yang berdaftar akan dihubungkan dengan pengembara yang lain yang mana mungkin mereka dari dalam negara atau luar negara. Jika mereka menggunakan khidmat dari TouristGuide untuk melancong dalam rangkaian anda, anda turut akan diberi ganjaran berbentuk point.

3) Tawaran Diskaun Pelancongan  (sehingga 75%)
Sudah semestinya pakej-pakej seperti ini akan menjadi rebutan ramai buat mereka yang suka melancong. Laman web Touristguide akan menampilkan pakej impian yang murah dan berbaloi. Pakej-pakej yang ditawarkan juga adalah lengkap supaya memudahkan anda melancong siap sekali dengan tempat penginapan seperti hotel/resort dan tiket flight. FULAMAKKK... bergelegak nafsu nak travel bila dapat tahu murah macam ni.

Dibandingkan dengan laman web yang menawarkan tempahan hotel yang murah, Touristguide.com juga mampu menawarkan harga hotel yang berpatutan dan diluar jangkaan. Lebih 75 ribu hotel yang terlibat di seluruh dunia.

4) Pangkalan data pelancong
Touristguide akan mewujudkan pangkalan data pelancong. Mereka mensasarkan 100,000 pelancong dari malaysia sebelum mereka berkembang ke negara-negara lain. Dengan pangkalan data yang luas pelancong, mereka akan mempunyai kelebihan untuk tawar-menawar harga pakej dan mendapatkan kadar diskaun.

Jadi, apa tunggu lagi. Cepat daftar sekarang dan bercuti bersama touristguide.com. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk:

INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)
Suite A25-3A,
Sentral Business Park,
Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Toll Free: 1800 38 3338
Office Hours::  9 a.m. – 6 p.m. (Mon – Fri)

Instagram: http://www.instagram.com/touristguide.com.my
#travelforFREE #touristguide

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.