Kembara Warna-warni di Street Art, T'ganu

ASSALAMUALAIKUM...

Selalu kita dengar yang street art di Malaysia hanya terdapat di Penang. Husein sendiri pun tak pernah lagi pergi sana. Tengok pada gambar yang orang lain upload macam cantik je kat sana. Korang pernah sampai kat sana?

Selain Penang, street art juga terdapat di Terengganu iaitu di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Lokasi tempat ni sangat strategik dan dekat dengan bandar Kuala Terengganu. Seperti biasa, bagi korang yang suka upload gambar tempat ni mungkin sangat sesuai untuk korang. Street art ni takde apa-apa yang best melainkan korang boleh snap gambar sahaja… tapi bila korang tengok balik gambar yang korang snap tu, akan nampak seperti real punye walaupun hanya lukisan semata-mata.
Saya tahu saya tak mampu buat mata bolat macam Spongebob tapi nak berdiri sebelah dia jugak.

Selain tu, korang boleh la jalan-jalan atau kenal perkampungan cina kat kawasan ni. Tempat shopping seperti The Store dan Hock Kee Seng pun ada. Bagi korang yang nak tinggal kat sini, Hotel Seri Malaysia terletak bersebelahan dengan perkampungan cina ni. Its means that perkampungan cina ni bukanlah kawasan kampung yang biasa korang bayangkan.
Geng dari sekolah sampai study kat Mesir lepas tu satu kolej pulak kat sini. Shahrilnizam, sape nak ngorat dia boleh contact Husein. Single lagi nih.. hahaha

Lepas korang penat jalan-jalan ambik gambar, korang boleh tambahkan penat korang dengan shopping dekat Pasar Payang atau ambil angin di tepi benteng laut sebab dua-dua tempat ni dekat je dengan street art tu. Kalau korang sanggup duduk situ sampai malam, korang boleh tengok banyak pokok yang mengeluarkan pelbagai warna cahaya hasil dari lampu-lampu yang bernyala dekat pokok-pokok tu.
If you want to love me, you must unlock my heart. (Pehhh... jiwang karat pulak)

 Sape nak pegi Pasar Payang, meh la tumpang kita. Takde penumpang lagi ni.

Senang citer, street art dekat Terengganu ni sangat best. Lagi pun free. Kebetulan time Husein pegi tu tak ramai sangat orang, so boleh la ambek gambar banyak kali. Kalau tak jadi, ambek lagi... kalau tak jadi, ambek lagi... gitu la seterusnya. Kata orang, ambek gambar sampai lebam. YEEAAHHH.... Jom lompat tinggi-tinggi.

8 ulasan:

  1. Cantiknyaaaaaaa. Tambah2 dekat butterfly tuu ^^

    BalasPadam
  2. bestnya.. dah lama tak pergi Kuala Terengganu

    BalasPadam
  3. Wah...terengganu pun dah maju sekarang, dah ada street art. Cantik dan menarik

    BalasPadam
  4. Nananaaa ganu kita..
    Jemput dtg tgganu lagi ye.. huhuu
    Follow sini #760 (= Salam ukhwah

    BalasPadam
  5. Laaaa..teganu kiter ni..napa mawar melati tak taw..ada street art kt sini. Padahal balik teganu sokmo.

    BalasPadam
  6. Laaaa..teganu kiter ni..napa mawar melati tak taw..ada street art kt sini. Padahal balik teganu sokmo.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.