Blogger Terhebat di MSMW 2016

ASSALAMUALAIKUM...

Malaysia Social Media Week(MSMW) kini sudah tidak asing lagi terutama di kalangan penggemar media sosial dan blogger. Bagi para blogger, MSMW kini seolah-olah menjadi acara tahunan.

Alhamdulillah, sebuah blog yang kerdil ini cuba diketengahkan untuk menyertai anugerah atau awards yang dipertandingkan. Terdapat banyak kategori, tetapi blog Husein tercalon untuk memenangi Most Entertaining Blog.

Pada mulanya Husein takde lah menaruh harapan yang begitu tinggi untuk menang, memandangkan terdapat pesaing-pesaing blogger yang lain yang lebih hebat. Tapi, bila menerima berita tentang keputusan pertandingan tersebut…. seolah-olah tidak percaya dengan apa yang telah diketahui.  Tapi bagi Husein, selagi awards tu takde kat tangan ni lagi, selagi tu takkan happy.

Malam MSMW 2016 kali ini diadakan di Glasshouse@Seputeh, Kuala Lumpur pada 9 Mac yang lalu. Di majlis ini jugak, Husein berpeluang bersemuka dengan blogger-blogger terkenal yang lain. Selama ni kenal di alam maya je. So, lepas ni takde lah malu-malu lagi kalau bersemuka dengan mereka. Majlis yang dilangsungkan sangat meriah diserikan lagi dengan hidangan makanan yang lazat dan menyelerakan.
Bergambar bersama pemenang Best Foodie Blog, blogger Mahamahu

Dengan itu, berikut adalah senarai blog-blog yang menang bagi kategori yang dipertandingkan dalam MSMW 2016:
BEST TRAVEL BLOG: Aliza Manap: www.runawaybella.com
MOST ENGAGING BLOG: Siti Aminah binti Idrus: www.kisahemasputih.com
MOST ENTERTAINING BLOG: Ahmad Husaini bin Mohamad: www.huseinrider.blogspot.com
BEST FOODIE BLOG: Mahadir bin Mohamed Arifin: www.mahamahu.com
BEST LIFESTYLE BLOG: Rabiatul Adawiyah binti Zakaria: www.ruby.my
BEST CONTENT BLOG: Norhailmi bin Abdul Mutalib: www.cikguhailmi.com
BEST VIDEO BLOG: Mohd Shahril Fawzy: www.youtube.com/user/pojiegraphy
PROMOSING BLOGGER OF THE YEAR: Vocket Media Sdn. Bhd: www.viramon.com
BEST BLOG OF THE YEAR: Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA): www.pembina.com.my
Sampai je kat sana, dah terpampang gambar kite pada pamplet untuk para hadirin.
Kredit to blogger Mahamahu for this picture. 

Rasa macam dah menang anugerah Oscar pulak. Thank you to TOMBOW(The fashion with the sensitivity to overcome time) for this nice coat.

Sepertimana yang Husein bagitau tadi, bila awards dah ada kat tangan, barulah terasa happy dan bangga dengan pencapaian diri sendiri. InsyaAllah, dengan awards yang dimenangi, menaikkan semangat Husein untuk lebih fokus kepada blog dan lebih entertaining lagi. Hahaha.. mentang-mentang menang Most Entertaining Blog.
Husein ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca terutama yang mengundi Husein dalam anugerah ni. Segala jasa baik korang semua takkan Husein sia-siakan. Terima kasih kerana sokong Husein dari belakang. Juga berbanyak terima kasih kepada my big brother yang sanggup menemani Husein dari Terengganu sampai KL. Kita jumpa di MSMW akan datang pulak.

9 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.