Pendakian Menakluk Puncak Gunung Tebu

Selepas pencapaian Husein menawan Gunung Stong dulu, Husein masih tak serik untuk menawan gunung-gunung lain di Malaysia. (Klik disini untuk melihat keindahan Gunung Stong). Kenapa tidaknya, bila kita mendaki ni, terasa lebih dekat dengan alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan. Walaupun kat bandar atau rumah masing-masing mempunyai dekorasi alam sekitar tersendiri, tapi percaya lah… ketika anda mendaki, anda akan menjumpai alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan yang jauh lebih indah menawan daripada itu.

Hiking trip kali ini disusun rapi oleh team Husein sejak beberapa bulan yang lalu sebelum cuti sem tiba yang diketuai oleh Shibli yang juga sebagai guide kami. Kalau takde dia, mungkin hiking trip kali ini tak berjalan. Memandangkan sem lepas Husein ambek banyak subjek, so I really need this hiking trip untuk release stress dan lepaskan tekanan. Korang bayangkan lah, time study week pun kena hantar esemen sementara orang lain relaks je layan movie.

Pendakian kami bermula lebih kurang jam 12 tengahari. Sebelum tu, mestilah isikan perut dulu.. baru la ada tenaga yang banyak untuk mendaki. Jangan lupa kena bawa biskut, gula-gula dan air botol untuk alas perut ketika pendakian. Kalau tak, tenaga akan makin berkurang walaupun korang dah bawa air botol.
Team Amateur Hiker dari KIAS seramai 14 orang. (Jurukamera, Amir Hamzi tidak kelihatan)

Pendakian kami disajikan dahulu dengan tempat pelancongan yang cantik, iaitu Lata Belatan yang terletak di kaki gunung. Korang boleh bawak satu family pergi mandi-manda dan berkelah sebab air kat sini sangat jernih,sejuk dan cantik. Tapi time kitorang pergi tu, tak dapat pergi mandi lama sangat.

Ekspedisi kali ni memang mencengkam fizikal dan mental kami. Mana tidaknya, ekspedisi mendaki Gunung Stong dulu, kami akan berhenti di pertengahan jalan untuk berehat dan tidur dulu sebelum meneruskan pendakian keesokkan harinya. Tapi kali ni, pendakian menuju puncak Gunung Tebu… kami tidak tidak berhenti untuk mendirikan khemah, sebaliknya kami terus menuju puncak dan mendirikan khemah di puncak gunung tersebut.
Berehat sebentar di sungai yang sejuk ketika ekspedisi mendaki.

Hampir TUJUH jam kami mendaki dan akhirnya kami sampai ke puncak lebih kurang jam 7.13 malam. Pelbagai halangan dan cabaran yang sama-sama kami hadapi. Yang paling menguji fizikal kami adalah dua orang daripada kami sakit kaki akibat krem. Husein pun alami jugak tapi tak la terseksa sangat. Semakin kita naik, semakin rendah suhu persekitaran. Semakin banyak langkahan yang terpaksa dihadapi, semakin mudah la kaki akan cepat letih.
Alhamdulillah.. selamat sampai ke puncak Gunung Tebu. (1039meter, 3401 ft)

Yang paling membimbangkan kami adalah salah seorang daripada kami hampir pengsan nak pitam dipertengahan jalan. Apa boleh buat…
“kalau nak tahu dia tu kawan ke tidak, tengok mase kita susah… dia nak tolong ke tak”

Tu la ayat yang selalu disebut-sebut oleh ketua kami. Walau apa pun yang terjadi, kita harus bersama dan bersatu, jangan berpecah… saling tolong-menolong antara satu sama lain kerana matlamat kami hanya satu… iaitu menuju puncak tertinggi. Hampir-hampir sahaja beliau nak putus asa, kami tetap tolong kerana menawan puncak Gunung Tebu ini sudah menjadi impian beliau sejak kecik lagi. Kawan mana nak tengok kawan lain menangis disebabkan tak dapat naik ke puncak woiii.. Dah datang dari jauh, tiba-tiba tak dapat naik ke puncak, rugi la kan.

Perjalanan kali ni mental Husein agak down sebab selalu rehat dan dah mula fikir penat. Makin hampir kami nak sampai ke puncak, makin susah jalan trek yang kena redah. Jalan dia mencanak naik bukit lagi. Tenaga dah hampir habis tapi ku gagahkan jua. Hehehe.

Sampai di kawasan lapang atau mana-mana tempat yang boleh kami rehat, kami rehat dan cas semula tenaga sambil menikmati kehijauan tumbuhan di sekeliling, angin sejuk yang mendayu-dayu, dan haiwan-haiwan kecil yang singgah. Ohh.. sungguh tenang dan nyaman berada disini, walaupun berada di hutan.

Akhirnya kami semua selamat sampai ke puncak dan pendakian kami berbaloi dengan pemandangan seindah ini….
"Tidakkah mereka memerhatikan unta, bagaimana diciptakan?
Dan langit, bagaimana ia ditinggikan?
Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan?
Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?" - Surah al-Ghasyiyah

Alhamdulillah.. berjaya menawan Gunung Tebu, antara gunung yang menjadi kebanggaan anak Terengganu.
Kenangan terakhir kami adalah menggantungkan bendera Terengganu di atas pokok yang mana dibawah pokok tu terletaknya papan tanda puncak Gunung Tebu. Pada bendera tersebut, tertulis nama kami sorang-sorang. So, lepas ni kalau korang pulak nak pegi ke Gunung Tebu dan sampai ke puncak tu, boleh la ambil gambar kat situ dan intai-intai nama kami 14 orang terutamanya nama Husein Rider yer. Hehehe…
Kami pulang dari Gunung Tebu dengan membawa seribu satu kenangan yang takkan dilupakan sepanjang hayat. Dengan ekspedisi kali ni juga, hubungan kami 14 orang semakin rapat walau masing-masing ambek jurusan yang berlainan dan umur yang berbeza. Harapnye lepas ni ada lagi hiking trip kat gunung lain pulak. So, which mountain should we go next?

6 ulasan:

  1. Tahniah.. terbaik la Tuan hussein sekarang.. makin hebat huhuuu.. nanti ada hiking lagi ajak la :D

    BalasPadam
  2. try la naik cbl. view lawa sangat. ni lagi mencabar kot. naik pukol 10, smpai kol 6 petang. ni terus shoot camp based. kalau nak tahu lebih lanjut, bce kat sini. http://www.aswaleyla.com/2016/10/eksporasi-tiruk-cemerong-berembun.html
    http://www.aswaleyla.com/2016/10/sunrise-di-gunung-cemerong-dungun.html

    BalasPadam
  3. tahniah tuan. rindunya pokcik pd gunung tebu, 90an hingga 2007 pokcik ambil upah jadi guide utk peserta..

    BalasPadam
  4. Hussein kan student ijazah syariah...semoleknya sebagai yang mengaji Islamic mesti lah masukkan elemen ayat suci alquran...paling kurang pun "SubhanAllah"... :-)

    Sila hussein kaji Khalimah Suci Al-Quran Surah Al-Imraan Ayat no190-191...

    Sekadar pandangan...nasihat-menasihati...

    Dan besarlah harapannya post² hussein selepas ini terisi dengan ilmu Al-quran :-)

    From : Kias Student's

    BalasPadam
  5. Eh, bendera ganue...kite suke kiter suke...ganue kiter....hehe

    BalasPadam
  6. mesti banyak tebu kat situ kan?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.