Keseronokan Mendaki Gunung Stong Sampai Nak Jerit Kuat-Kuat

Menawan salah satu gunung yang disukai para hikers adalah salah satu daripada impian Husein sejak dulu lagi. Sejak dulu selalu fikirkan…. Best ke daki gunung? Diorang ni tak letih ke naik gunung? Bila tengok citer Everest dan The Himalayas, fuhhh… agak mencabar jugak naik gunung ni. Well, you know me. Husein adalah jenis yang suka pada cabaran.

Selepas berakhirnya final exam baru-baru ni, Husein teringin sangat nak ke Gunung Stong. Dah beberapa kali menyatakan hasrat kat member-member satu sem tapi masing-masing senyap je. Then, Husein dijemput untuk join group sem lain ke sana. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Husein pun tanpa segan silu join group diorang walaupun tak berapa kenal sangat diorang tu. Tapi dengan diorang ni la susah senang, jerit-perit, penat-lelah, suka duka, perangai gila-gila dikongsi bersama.
Team kitorang: Dari kiri: Ameer, Hamzi, Shibli, Husein, Ley, Ajim, Baihaqi, Mirul, Alif, Afiqi, Ain dan Kero


Akhirnya pada tanggal 19-21 April lepas, kitorang beramai-ramai bertolak ke Gunung Stong. Pada hari pertama kitorang berkesempatan melawat tiga gua disana, Gua Keris, Gua Gelap dan Gua Pagar.Nanti Husein ceritakan pengalaman merentas tiga gua tersebut di entri akan datang. Pada hari kedua, barulah kitorang memulakan pendakian pada waktu pagi setelah sarapan.
Team kitorang seramai 12 orang dan seorang guide. Tempoh pendakian tak sampai sehari pun tapi kitorang mengambil keputusan untuk tinggal di tapak perkhemahan di Kem Baha selama 3 hari 2 malam. Macam-macam aktiviti kitorang buat termasuklah memancing, melihat matahari terbit kat air terjun paling tinggi di Asia Tenggara(air terjun Jelawang), buat unggun api pada waktu malam, bakar ayam dan sosej, borak-borak sampai tak ingat dunia dan macam-macam lagi.

Pendakian kitorang bermula di Kem Baha tersebut pada jam 10.30 pagi. Pada awalnya guide kitorang kata yang kitorang dah terlambat untuk bermula pendakian dan dijangka sampai ke puncak pada pukul 4 petang. Tapi Alhamdulillah, kitorang sampai lebih awal sejam dari yang dijangka iaitu jam 3 petang. Ini  bermakna pendakian kitorang mengambil masa lebih kurang 5 jam setengah.
Yang kedua dari kanan adalah abang guide kitorang. Terima kasih abang guide sudi layan kerenah kitorang dan sudi jadi guide kitorang. Kalau takde dia, memang sesat la kitorang dalam hutan ni.

Berehat sebentar di atas kayu balak yang BESARR.

Sepanjang pendakian, dah macam-macam perkara dah berlaku. Mandi peluh dan penat memang tak payah kata la. Ada yang hampir putus asa tapi kitorang tetap bagi semangat, ada terjumpa ular (Husein la tu), ada yang saling bertukar beg sebab berat sangat, ada yang sakit kaki, lengah-lengah, sakit bahu dan macam-macam lagi. Akhirnya berkat usaha kami berbaloi dan berjaya sampai ke puncak dengan pemandangan yang sangat indah. Terasa macam nak jerit sepuas hati biar seluruh dunia dengar. Aaaarrrrggggghhhhhh…………
Gunung Stong setinggi 1,422 meter dari paras laut, telah BERJAYA ditawan dengan selamat. Ini pengalaman mendaki gunung yang kedua Husein setelah Gunung Sinai di Mesir.

Pada jam 4 petang, kitorang bersiap untuk turun pulak. Guide kitorang jangka yang kitorang akan sampai pada waktu malam. Untuk pengetahuan korang, waktu malam adalah tidak sesuai untuk aktiviti hiking atau meredah hutan kerana lebih terdedah kepada bahaya. Tapi kitorang berjaya jugak sampai lebih awal dari yang dijangka iaitu sekitar jam 6.20 petang. Alhamdulillah…. So, tempoh untuk kitorang turun pulak lebih kurang 2 jam lebih. Total naik+turun= lebih kurang 8 jam.
Antara sudut lain di puncak Gunung Stong.

Walaupun penat letih dan sakit-sakit sendi sampai terketar lutut yang kitorang dapat, tapi kitorang  tetap takkan lupakan kenangan mendaki gunung ni sampai bila-bila. Terasa macam nak stay kat sini lebih lama lagi. So, where is the next hiking trip soon??

10 ulasan:

  1. Ya Allah, dah lama nak gi Gunung Stong tp xsampai2 lagi. Padahal dlm negeri sndirik je.

    BalasPadam
  2. wah macam best je mendaki gunung ni....memang kena exstra tenaga nak mendaki ni kan....mental fisikal kena kuat.

    BalasPadam
  3. ermmm dekat ngan kampung abe nik nie

    BalasPadam
  4. Perghhhh tinggi betul!! Akan ku tawan suatu hari nanti.. Yeahhh

    BalasPadam
  5. camne nak dptkan guide kat gng stong ye?

    BalasPadam
  6. @ikhwan Afiq: blh try send emel kat husenmail@gmail.com

    BalasPadam
  7. Wah! unik sungguh namanya. Gunung Stong. Kalau salah taip boleh jadi Gunung Sotong.

    BalasPadam
  8. Menarik sekali pemandangan dan suasananya. Kalau tengok dari gambar hutannya masih terpelihara.

    BalasPadam
  9. Boleh saya dapatkan no contact guide?

    BalasPadam
  10. Gambo air terjun tiada review ka tuan?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.