Kembara Ilmu - Negeri Sembilan PART 2

ASSALAMUALAIKUM...

Lepas satu hari suntuk Husein round-round KL sampai boleh dengan jayanya sesat jalan, akhirnya Husein terus menuju ke negeri seterusnya iaitu Negeri Sembilan(baca dengan Nissemilan sebab malas nak taip panjang-panjang… hahaha). Husein pun ingat-ingat lupa dah bila kali terakhir Husein sampai Negeri ke-Sembilan ni dulu. Rasanya hampir tujuh tahun dulu kot.

Destinasi pertama yang Husein sampai di Nissemilan ni adalah di Nilai Tiga. Ada beberapa tempat di Nilai Tiga ni yang masih Husein ingat dan masih mengekalkan bentuk bangunan tersebut… tapi kebanyakkannya dah berubah banyak. Ada la sikit nampak kemajuannya. Di Nilai Tiga ni, korang boleh dapatkan karpet, permaidani, tikar, baju, jubah dan lain-lain dengan harga murah dan banyak pilihan. Kalau korang nak shopping barang-barang tu semua, kat sini korang memang rambang mata la.
Ehsan Mr. Google

Tapi yang mengejutkan Husein kali ni adalah tak ramai sangat orang yang datang shopping kat sini. Bila sampai je kat situ, terasa macam berada di padang jarak padang terkukur. Kedai-kedai banyak yang buka, tapi pelanggan boleh kira dengan jari je berapa ramai. Pekerja-pekerja kat sini pun ramai orang Pakistan. Kedai orang melayu kita tak banyak pun.

Husein terasa macam… betul ke ni Nilai Tiga?? Atau kebetulan waktu Husein pergi tu time hari bekerja, bukannya weekend. (Memang sengaja datang hari Rabu sebab tak nak bersesak dengan orang ramai)

Perasaan lain yang datang adalah terasa macam duduk kat negara lain pulak. Sana-sini semua Mat Bangla dan Pakistan. Kalau ada muka yang hensem-hensem sikit tu, lain citer la. Tapi kalau ada muka yang gelap, lepas tu badan gempal, perut terbonjol ke depan, muka bengis semacam je… segan jugak la nak tegur dan beli. Last sekali tak terbeli jugak Husein kat sini. Boleh beli air nyor (air kelapa) je buat hilang dahaga sambil layan mat Pakistan paksa suruh kita beli barang dia…

“Harga murah…. harga murah…” tu la ayat yang diorang selalu sebut. Husein tertanya-tanya, kenapa Nilai Tiga tak jadi semeriah macam dulu??

Lepas pergi shopping yang tak berapa nak sakan sangat tu, Husein singgah ke satu lagi tempat menarik kat Nissembilan ni iaitu Muzium Negeri Sembilan. Macam biasa, kat muzium ni terdapat banyak barang-barang lama yang dijadikan khazanah untuk pameran termasuklah rumah orang melayu lama, perahu lama, meriam dan macam-macam lagi.
Seni bina muzium yang seakan-akan rumah melayu dahulu kala.

Menggamit memori. Mana ada keretapi zaman sekarang yang model macam ni.
Terjumpa rumah melayu terakhir di tengah-tengah bandar N. Sembilan (baca dengan Nissemilan). Time musim hujan ni, elok jugak ada rumah mcm ni... Tiang bawah rumah dah sama tinggi dgn kita dah untuk elak air naik sampai ke dalam rumah. Atap pun legend je pakai daun. Jimat.

3 ulasan:

  1. rindu plak masa belajaq kat kmns dulu.

    rindu nak makan cendol kat pilah.

    BalasPadam
  2. nilai 3 mcm2 ada, best shopping situ

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.